selamat berkunjung ke blog ibnuabdulrahim & semoga mendapat faedah dari blog ni.Sama-samalah kita membantu dalam perkara kebaikan.Apa yg baik itu dari ALLAH & apa yg buruk itu daripada kelemahan ana sendiri tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah daripada ALLAH S.W.T.

نويت التعلم والتعليم والتذكر والتذكير والنفع والإنتفاعة والإفادة والإستفادة والدعاء إلى الهدى والدعوة على الخير والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Ahad, 12 April 2009

RUKUN ISLAM

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'‎

1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
3. Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
4. Berpuasa pada bulan Ramadan.
5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Sembahyang itu wajib pada semua Muslim lima kali sehari. Sembahyang lima waktu ini dikenali sebagai Fardu or sembahyang wajib. Waktu Solat ini telah ditentukan masanya setiap hari:

* Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
* Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
* Solat Asar (Waktu petang)
* Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
* Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)

Sebelum sembahyang dapat dilakukan, seorang harus bersih diri. Pembersihan ini dikenali sebagai Wudhu. Ia harus dilakukan kalau seorang telah pergi ke bilik air, kentut , muntah, atau berdarah. Air sembahyang yang penuh (ghusl) diwajibkan selepas hubungan seks, dan disunatkan sebelum sembahyang Jumaat.

Solat harus dilakukan dalam Bahasa Arab, yakni bahasa Quran. Ketika sembahyang, orangnya bersujud dan melutut ke arah Kaabah di Makkah. Sesinya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum," atau salam sejahtera bagi kamu.

Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya

Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.

0 comments:

Kalamullah

Islam © 2008 Template by:
jan_ihq