selamat berkunjung ke blog ibnuabdulrahim & semoga mendapat faedah dari blog ni.Sama-samalah kita membantu dalam perkara kebaikan.Apa yg baik itu dari ALLAH & apa yg buruk itu daripada kelemahan ana sendiri tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah daripada ALLAH S.W.T.

نويت التعلم والتعليم والتذكر والتذكير والنفع والإنتفاعة والإفادة والإستفادة والدعاء إلى الهدى والدعوة على الخير والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Rabu, 21 Oktober 2009

IBUKU SEORANG PEMBOHONG


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا
Maksudnya:Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)(Al-Isra 23)

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku.Ibu saya memang seorang pembohong!!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8kali ibu membohongi saya.Saya catatkan pembohongan-pembohongan ibu untuk anda jadikan renungan.Cerita ini bermula ketika mana saya masih kecil.Saya lahir dari keluarga yang susah.Makan minum serba kekurangan.Kami sering kelaparan.Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.Sebagai anak yang masih kecil,saya sering saja merungut.Saya menangis mahukan nasi & lauk yang banyak.Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian makanannya utk sya.Sambil memindahkan nasi ke pinggan saya ,ibu berkata, "makanlah nak ibu tak lapar".PEMBOHONGAN YG PERTAMA IBU.
Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan masa lapangnya untuk memancing di tali air berhampiran rumah.Ibu berharap agar hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing,ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengudang selera.Sewaktu kami memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa isi ikan yg kami makan tadi.Saya sedih melihat ibu sedemikian rupa.Hati saya tersentuh lalu saya memberikan bahagian ikan yang saya belum sentuh kepada ibu.Tetapi dengan cepat ibu menolaknya sambil berkata,"makanlah nak, ibu tak suka makan ikan sungai".PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya dimasukkan sekolah menengah.Ibu pergi ke kedai membawa sejumlah penyapu lidi & kuih-muih untuk dijual bagi menyara persekolahan saya,abang dan adik-adik.Suatu lebih kurang jam 1.30am saya terjaga dari tidur.Saya melihat sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Beberapa kali ibu tersengguk-sengguk kerana terlalu mengantuk.Saya berkata,"tidurlah bu, esok pagi ibu nak ke kebun pula".Ibu tersenyum dan berkata,"tidurlah dulu nak,ibu belum mengantuk lagi".PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani kami pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika Ketika matahari mula menegak, ibu masih setia menunggu walaupun ditengah panas.Ibu seringkali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada ilahi agar kami dapat menjawab dengan mudah dan cemerlang.Apabila loceng yang menandakan masa telah tamat berbunyi,ibu dengan segera menyambut kami dan menuangkan air yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Air yang menghilangkan dahaga dikala panas terik itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang seorang ibu.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan air saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum.Tapi ibu menolaknya sambil berkata,"minumlah nak, ibu tak haus".PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulan saya lahir, ibulah yang mengambil alih tugas seorang ayah.Ibu bekerja mengambil upah di kebun sebagai penoreh getah,membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihat keadaan keluarga yang semakin parah,seorang pakcik datang untuk membantu ibu.Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk menyara kami sekeluarga.Tetapi ibu yang kuat semangatnya tidak mengendahkan nasihat mereka.Kata ibu,"ibu tak perlu cinta seorang lelaki kerana ibu cukup bahagia".PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah abang habis belajar dan mula bekerja,ibu sudahpun tua.Abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Tidak perlulah bersusah payah lagi untuk mencari nafkah.Tetapi ibu tidak mahu.Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan ibu mengirimkan balik wang tersebut dan ibu berkata,"jagan susah-susah,ibu ada duit".PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti,saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya bekerja dengan syarikat yang membiayai saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan.Jadi eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan kecerian dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati menolak ajakan saya.Walaupun itu yang ibu mahu, tetapi ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata,"tak payahlah nak, ibu tak biasa tinggal di negara orang".PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.Suatu hari saya menerima berita ibu jatuh sakit.Ibu mesti dirawat secepat mungkin.Saya yang ketika itu berada jauh, segera pulang untuk menjenguk ibunda yang tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di atas katil.Ibu yang kelihatan sangat lemah itu menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan kesakitan yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat rasai betapa siksanya ibu ketika itu.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup dahinya.Di saat itu hati saya terlalu sedih, sedih sekali melihat keadaan ibu begitu.Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata ,"nak janganlah menangis, ibu tak sakitlah".PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda yang tercinta menghembus nafasnya yang terakhir.Berakhirlah sebuah cerita yang menyayat hati.Kita bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah.Kita boleh memeluk dan menciumnya.Kalau berada jauh, kita boleh menelefonnya sekarang dan berkata,"ibu, saya sayang ibu".Ingatlah besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu.Moga kita dapat mengambil faedah dari cerita di atas.

0 comments:

Kalamullah

Islam © 2008 Template by:
jan_ihq