selamat berkunjung ke blog ibnuabdulrahim & semoga mendapat faedah dari blog ni.Sama-samalah kita membantu dalam perkara kebaikan.Apa yg baik itu dari ALLAH & apa yg buruk itu daripada kelemahan ana sendiri tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah daripada ALLAH S.W.T.

نويت التعلم والتعليم والتذكر والتذكير والنفع والإنتفاعة والإفادة والإستفادة والدعاء إلى الهدى والدعوة على الخير والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Khamis, 3 Disember 2009

CINTA DAN SUKA


Dari Imam Qusayri,
"Mujahid itu ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya (nafsu) dalam kebanyakan waktunya."
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.Di depan orang yang kita cinta lidah kelu untuk berkata-kata,Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira.Perasaan cinta bermula dari kata, perasaan suka bermula dari telinga.Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuba fikirkan siapa yang anda cinta dan siapa yang anda suka.. NurKasih Ilahi jadikan impian didunia cintamu NurKalam Ilahi jadikan hiasan disudut hatimu.

teruskan pembacaan anda

Selasa, 1 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR AYAHku

Ayah

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

teruskan pembacaan anda

Kalamullah

Islam © 2008 Template by:
jan_ihq