selamat berkunjung ke blog ibnuabdulrahim & semoga mendapat faedah dari blog ni.Sama-samalah kita membantu dalam perkara kebaikan.Apa yg baik itu dari ALLAH & apa yg buruk itu daripada kelemahan ana sendiri tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah daripada ALLAH S.W.T.

نويت التعلم والتعليم والتذكر والتذكير والنفع والإنتفاعة والإفادة والإستفادة والدعاء إلى الهدى والدعوة على الخير والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Ahad, 31 Mei 2009

RENUNGAN


gambar hiasan

Dipetik dari mesej seorang kawan dari friendster ana Alhamdulillah... Mampu membangkitkan kesedaran.renung-renungkanlah...


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

teruskan pembacaan anda

Ahad, 17 Mei 2009

MUNAJAT SEMPENA IMTIHAN



Ya ALLAH bantulah aku dalam menjawab soalan imtihan ini ya ALLAH.Berilah aku kefahaman apabila membaca soalan ya ALLAH.Mak&AyahKu mengharapkan yg terbaik dari aku.Sesungguhnya aku tak mampu dengan usahaku semata-mata melainkan dengan pertolongan darimu ya ALLAH.Dengarlah rintihan hambamu ini ya ALLAH.Jauhkanlah aku dari perkara yg boleh melupakan,perkara yg boleh melalaikan,perkara yg boleh menjatuhkan aku ke dalam jurang api nerakamu ya ALLAH.YA ALLAH engkau tetapkanlah suatu yg terbaik untuk aku.Maqbulkanlah segala doa-doaku.Ampunkanlah segala dosa-dosaku.Hanya pada engkau aku bermohon ya ALLAH tuhan sekelian alam.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

teruskan pembacaan anda

Jumaat, 15 Mei 2009

SALAM IMTIHAN




Salam imtihan buat sahabat-sahabat yg sedang& akan menduduki peperiksaan.Dikesempatan ni ana nak mohon sejuta kemaafan dari antum semua & dari sesiapa saja yg mengenali diri ini.Sesungguhnya diri ini terlalu banyak kekurangan.Mudah-mudahan kita semua dipermudahkan oleh ALLAH untuk menjawab soalan nanti.Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,terutama solat sunat qobliah & ba'diah jgn ditinggalkan,maafkan salah silap kawan-kawan,minta mak ayah doakan,jaga hati mak ayah,guru-guru.Yang penting USAHA,DOA&TAWAKKAL, insyaALLAH dipermudahkan.Semoga semua tak tension-tension untuk menghadapi imtihan ni.Harap tenang-tenang semua.Ana pun risau jugak nak imtihan ni tapi,harap-harap boleh la buat.Ana doakan semua najah dengan cemerlang.


teruskan pembacaan anda

Kalamullah

Islam © 2008 Template by:
jan_ihq