selamat berkunjung ke blog ibnuabdulrahim & semoga mendapat faedah dari blog ni.Sama-samalah kita membantu dalam perkara kebaikan.Apa yg baik itu dari ALLAH & apa yg buruk itu daripada kelemahan ana sendiri tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah daripada ALLAH S.W.T.

نويت التعلم والتعليم والتذكر والتذكير والنفع والإنتفاعة والإفادة والإستفادة والدعاء إلى الهدى والدعوة على الخير والحث على التمسك بكتاب الله وسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Sabtu, 7 November 2009

CERMIN DIRI SENDIRI


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."
(H.R. Muslim)
Penerangan Hadis:
Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada
salahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita
membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

2 comments:

Kamal Zharif 23 November 2009 pada 9:51 PTG  

cermin la diri sendiri... semoga lebih dirahmati


satu lagi,, boleh sy tahu gmbr tu dapat kat ne? sbb cantik

Mohd Makhzani b. Abdul Rahim b. Abdul Rahman b. Abdul Rashid 23 November 2009 pada 10:32 PTG  

insyaALLAH ana sentiasa cermin iri ana..ALLAHumma Ahsin Kholqi Waahsin Khuluqi..gambar 2 amik dkt dlm tenet la..

Kalamullah

Islam © 2008 Template by:
jan_ihq